Rabu, 22 Oktober 2008

ZIKIR PENGUBAT HATI

untuk mengubat hati yang sedang sakit seseorang itu perlu berzikir secara berterusan dan istiqomah. Antara zikirnya seperti takbir tasbih dan tahmid, biasanya kita lakukan selepas solat lima waktu. w/bagaimanapun tahap pengubatan hati ini ianya berbeza antara hamba Allah. Ada yang hanya sekadar berzikir setiap lima waktu solat yang wajib sahaja, tetapi ada pula yang mesti membaca al-Quran. Namun disarankan supaya setiap insan bacalah al-Quran setiap hari iaitu samada awal pagi atau awal malam lebih-lebih lagi pada tengah malam di ketika orang lain sedang nyenyak tidur(lepas maghrib). Sebaik2nya bangun malam dn solat tahajjut dgn solat taubat kemudian solat tahajjut(2/4 rakaat) dn disudahi dgn solat witir sekurang2nya satu rakaat. Selesai sudah solat-solat itu duduk dgn khusuk dan zikirlah ikut cara yg. diajar oleh Imam al-Ghazali iaitu, mlm jumaat baca Ya Allah (1000 x) mlm sabtu Lailahaillallah(1000 x) mlm ahad Ya Hayyu Ya Qoyyum(1000 x) mlm isnin Laqolawalah(1000 x) mlm selasa selawat (1000 x) mlm rabu astaghfirullah al'azim(1000 x) mlm khamis subhanallahi wabihamdihi(1000 x) dan begitulah seterusnya jadikan ia sebagai makanan rohani harian. InsyaAllah hati yang kotor sakit kecup degil hitam dn sebagainya akan bersinar sembuh dengan izin Yg. Maha Pemberi, tp dgn syarat mesti ISTIQOMAH(berterusan).

Tiada ulasan:

Bahagian Dalam Kaabah

Bahagian Dalam Kaabah