Isnin, 27 Oktober 2008

Hamba Allah

Segala puji bagi Allah sekalian alam. Dan salam sejahtera ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad saw.
Wahai hamba Allah, bertaqwalah kepada Allah dengan mengikut segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya, carilah bekalan, maka sebaik-baik bekalan ialah bertaqwa.
Kita diajar dan dididik oleh Yang Maha Kuasa supaya menjadi insan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepadaNya. Allah mengutus rasul bertujuan mengajar manusia supaya menjadi sebaik-baik manusia. Kita juga disuruh bersyukur dan bersabar dalam menghadapi sebarang ujian, kerana manusia dibekalkan dengan dua unsur iaitu nafsu baik dan buruk dan iman. Oleh sebab itu setiap manusia mesti sanggup berjihad melawan nafsunya. Kerana Allah tidak senang-senang memberi nikmat kepada hamba-hambanya kecuali akan diuji dengan ujian yang sepadan bagi setiap hambaNya.
Rasulullah bersabda bahawa kita akan berdepan dengan dua musuh utama iaitu musuh luaran dan musuh dalaman iaitu nafsu. Nafsu adalah musuh paling utama selepas ini. Tetapi InsyaAllah kita akan berjaya menghadapinya dengan syarat kita mengikuti segala ajaran Islam yang diajar oleh Rasulullah dan berpandukan petunjuk dari AlQuran.
Allah berfirman, maksudnya"..Adakah manusia menyangka mereka dibiarkan begitu saja, hanya dengan berkata: kami telah beriman, dalam keadaan mereka tidak diuji dahulu? Dan sesungguhny kami(Alla) telah menguji orang-orang zaman dahulu daripada mereka, maka demi sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar-benar beriman dan orang-orang yang berbohong".
(surah al-Angkabut: 1-3)
Maknanya para nabi-nabi dan rasul serta sahabat-sahabat mereka juga diuji dengan ujian yang amat berat,namun mereka berjaya dalam ujian berkenaan. Jadi kita juga akan diuji dari masa kesemasa. Cuma ujian berkenaan tidak sama antara hamba-hamba Allah.
Ada mereka diuji dengan wang ringgit, ada diuji dengan anak dan berbagai-bagai lagi. Tetapi ujian paling getir ialah harta dan anak. Mereka sanggup tukar agama bahkan sanggup membunuh.

Tiada ulasan:

Bahagian Dalam Kaabah

Bahagian Dalam Kaabah